-

-

This Owner ♡

My photo
Hello ! Selamat Datang ! :-) Terima Kasih Sudi Singgah Sini ! ^_^ Nur Naqilla Binti Zaini Is Here , Fer The Short " Qilla " Was Born 14 Feb 1999 ♥ Semua Cerita Dalam Blog Nih Adalah Kisah Tentang Diri Sendiri , Tiada Sebarang Copy Paste Dari Blog Lain Selamat Membaca (",)

Saturday 30 April 2016

Blog Baru , Entry Baru , Semua Baru

assalamualaikum ? hai semua ? masih ingat saya ? hahahaha , lebih kurang 2 tahun jugak menghilangkan diri dalam dunia berblogging ni , dan akhirnya baru muncul balik :3 ya , seperti yang diri saya sendiri tahu , ataupun yang rajin stalker saya mesti nampak perubahan diblog saya kan ?hahahaha , tak terlalu berubah manapun , just background dengan gambar besorr atas tu jea yang berubah kan ? hahahaha , entahlah serabut nak hias banyak-2 , buat biasa , simple dan mudah . biasa pepatah berkata " like father , like daughter " yedakk ? oleh sebab itu , sebagai blogger yang tak berapa nak ohsem macam saya ni pepatah dari diri saya sendiri pula adalah " like blogger like , like master " yang bermaksud , bagaimana blog tuan empunya badan , begitulah diri tuan punya badan , emm masuk tak ehh maksud yang saya cuba sampaikan ni ? kea tak masuk ? kea tak sampai lagi ? kea saya ni memang hambar ehh ? hahahaha (-_-") okayy berbalik pada tajuk asal kita " Blog Baru , Entry Baru , Semua Baru " blog sememangnya dah bertukar wajah , dan entry baru ni dah kenapa ? well biasalah , bila kita baca balik entry entry yang lepas zaman otak tak matang lagi mahu tak gelakkan diri sendiri ? sampai diri sendiri tanya " aku kea yang tulis ni ? " " kenapa aku tulis macam ni wehh ? " lepastu diri sendiri yang rasa malu , agak agak apalahh kata orang yang pernah baca entry aku dulu dulu tu katakan ? mesti aku ni dah kena cop sebagai " Budak Hingusan " takpun eyy bastengnya perempuan ni hahaha mesti ada orang kutuk tak matang langsung aku ni , macam budak budak jea tulis  hahahaha malu wehh dengan diri sendiri bila baca balik , last last aku pun buat keputusan untuk delete semua entry yang pernah wujud dalam blog ni dan biarkan kosong dan membuatkan ni entry pertamaku :* huhuhu dan semua baru ? hah ? apa yang baru ? okay yang ni nak cerita pasal life saya . apa jea yang berubah dengan life saya ? banyak jugak yang berubah , dari segi diri saya sendiri , keadaan saya , mentel saya . hah mentel ? jangan kata saya sakit mentel pulak ! cuma nak kata mentel saya ni makin kuat , dan dah tak mudah koyak :3 eecehhh hihihi , alahh biasalah dalam kehidupan kita , setiap orang mesti ada ujian dan dugaan hidup masing masing yang Allah bagi , dan semua itulah yang mengajar saya supaya jadi seorang yang tabah dan bagi mentel saya ni fit tak mudah koyak :3 hahaha , kekadang saya bersyukur jugak Allah selalu uji saya , sebab nak bagi saya sentiasa ingat dia , dan saya bersyukur sangat dia uji saya dan bagi saya jadi makin tabah bukan makin kecundang . Alhamdulillah :) so sekarang , apa cerita baru life saya lagi ? for now on , baru baru ni baru lepas habis final exam amali semester 3 . minggu depan bzy dengan study weeks dan minggu lagi satu terus final exam akademik dan teori akaun . orang lain yang sebaya saya semua bzy study untuk percubaan spm amIright ? apapun goodluck buat semua rakan rakan yang sebaya dengan saya tu ehh ? nak cakap rakan rakan seperjuangan saya ni tak ambik spm , jadi tak layak nak kategorikan " seperjuangan " maafkan saya , tiada niat sindiran riak atau apapun . alahhh rezeki masing masingkan , tak semestinya yang terus ambik dip ni berjaya , dan tak semestinya yang ambik spm jea berjaya , yang penting usaha atas diri sendiri/masing masing untuk berjaya tu yedakk ? entahlah , saya ni pun confuse dengan diri saya ni sendiri , kadang kadang rasa nak give up , tak mampu nak teruskan sem seterusnya , makin malas pulak saya ni kekadang , ada masa rajin ada masa malas , selalunya malas tapi paling selalu lapar (-_-") haihhh hahaha apalah nak jadi dengan saya ni ? nak kata saya ni tak minat akaun , ada minat tu cuma ada sesuatu yang membuatkan saya ni jadi makin malas dan makin kurang minat dalam akaun ni . ya allah , bagilah Nur Naqilla binti Zaini hilangkan perasaan was was dan ragu ragu dia dalam pelajarannya , masa depannya dan hidup dia . kekadang selalu terfikir , betul kea apa yang saya buat ni ? betul kea saya minat akaun ni ? masa depan saya untuk jadi akauntan ataupun benda lain ? hmm entahlah , ragu ragu dengan diri sendiri :) mungkin baru lagi kott , nanti makin lama makin nampaklah bidang apa yang saya minat kan ?
Daisypath Happy Birthday tickers

Followers